KDYMM Tuanku Sultan Kedah (kiri) hadir pada pagi 21hb Mei 2010 di perkarangan Stadium Darul Aman bagi merasmikan Hari Penyayang dibawah naungan Yayasan Sultanah Bahiyah.
KDYMM Tuanku Sultanah Kedah
Turut hadir bersama Menteri Besar Kedah (kiri) pada hari tersebut bagi mengiringi Sultan Kedah untuk perasmian.
Untuk pengetahuan umum, Hari Penyayang di sambut setiap tahun bagi mengumpul dana kebajikan. Membeli sambil menderma. Antara barangan yang dijual adalah barangan terpakai yang disedekahkan dari seluruh Malaysia. Selain itu, bagi menarik perhatian orang ramai, terdapat juga barangan yang disedekahkan oleh KDYMM Sultan & Sultanah Kedah. Dimeriahkan lagi dengan sumbangan pakaian kasut daripada anakanda Sultan Kedah dan Kerabat Diraja Negeri Kedah.